Rabu, 15 Julai 2009

PILIHANRAYA KE-ENAM

Wah!!!! tak sangka betul sia... PAS menang lagi dekat Manek Urai pada pilihanraya kecil yang ke-enam nie. Yang lagi sia tak sangka-sangka kemenangannya hanya 65 undi daripada calon BN. Amacam nie. tak kan taring dah lumpuh kot!!!!

Lagi buat sia surprise belum keputusan muktamad dikeluarkan oleh SPRM dah pandai-pandai dorang isytiharkan dorang menang dengan lebih 2,000 undi majoriti...TAPI dorang bilang itu serangan psikologilah yang dibuat untuk takutkan parti lawan.

Tapi saya pelik juga bila dorang menang nda da pulak keluar isu pasal pengundi hantu, kali hantu-hantu nie semua takut sama manik-manik tu lah nda ada di sana mungkinkan.

Keputusannya BN kalah tapi kira menang tau sebab apa, BN sudah menang dan menangi hati rakyat di Manik Urai. Yang buat hati saya tercuit, PAS kurang mendapat undi dariapada golongan muda dan ada tempat-tempat mengundi yang tertentu saluran untuk golongan muda-mudi dorang dah kalah ini BERMAKNA BN dah mula dapat sokongan daripada golongan belia yang mana kita sedia maklum punca kekalahan BN pada pilihanraya tahun 2008 yang lepas adalah sebab golongan ini.


APA MAKNA DISEBALIK KEPUTUSAN PILIHANRAYA INI?

APAKAH INI PETANDA BAIK KEPADA BN DAN PETANDA BURUK PADA PAS?

Mungkin golongan muda dah bosan dengan janji-janji yang ditaburkan oleh pihak pembangkang selama ini, cakap mengunung tinggi tapi satu apapun tak jadi. Jangan tengok jauh-jauhlah dulu pembangkang ada janji mau kasih duit RM1,000 pada setiap pelajar (di Selangor) jika dorang menang pilihanraya tapi dorang tidak tunaikan sehingga ada pelajar yang membuat report polis berhubung hal ini. Dan baru-baru ini pula kes Kampung Buah Pala yang ingin dirobohkan, sebelum menang macam-macam dorang janji sama penduduk kampung. Bila penduduk kampung mau jumpa sama Ketua Menteri dia mengelak dan dia bilang mau suruh Timbalan dia yang handle masalah nie.....tup..tup lah ni (orang Kedah kata) nak lepas tangan pula suruh Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab, habis dia duduk kerusi tu untuk apa????
Tu lah !!!! jangan asyik menunding jari pada orang (juga untuk peringatan pada diri sendiri) jangan asyik menjolok pokok yang tinggi karang terjolok sarang tebuan habis disengat seluruh badan......sape yang sakit.......mereka dan keluarga mereka juga.
Rentetan demi rentetan peristiwa berlaku dalam dunia politik ini bersama dengan para politikusnya yang tersendiri.

p/s : lu fikirlah sendiri.......

Kempen "HARI TIDAK BERBELANJA"

Pada hari ini 16 Julai dijadikan sebagai "Hari Tidak Berbelanja" di seluruh Malaysia. Kempen ini adalah sebahagian daripada kempen Konsumer Kebangsaan (3K) anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dengan kerjasama Majlis kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Petroliam Nasional berhad (PETRONAS). Di peringkat Antarabangsa sambutan atau kempen ini diadakan pada setiap 29hb November. Tetapi Malaysia mengambil tarikh 16 Julai pada setiap tahun untuk diadakan kempen ini. Tahun ini merupakan tahun kedua pelaksanaanya.

Sasaran kempen ini adalah supaya rakyat Malaysia, kalau boleh tidak langsung berbelanja sesen pun pada hari ini atau berbelanja hanya pada benda-benda yang perlu sahaja. Kempen ini juga ingin mendidik dan membentuk masyarakat agar mengamalkan perbelanjaan berhemah dalam kehidupan seharian.

Namun apa yang menyedihkan ialah kempen ini kurang publisitinya, justeru ramai yang tidak menyedari tentang kempen ini. Saya sendiri pun hanya tahu kempen ini pada hari ini sahaja setelah mendengar radio. Walhal kempen ini sangat baik dan besar sekali implikasinya kepada kita. Jangankan di luar bandar, saya yang duduk di bandaraya Kota Kinabalu ini juga tidak melihat sebarang poster atau banner yang tertampal atau tergantung yang mengingatkan atau menyeru tentang kempen ini. Jika dilihat gabungan para penganjur bukanlah calang-calang organisasinya bak kata orang kalau setakat banner atau poster tu tiada hal punyalah....maka saya sangat berharap pada tahun-tahun akan datang kempen ini boleh disemarakkan lagi dan diperhebatkan lagi. Janganlah kalau kempen atau konsert besar-besaran yang perlu mengeluarkan duit orang ramai dipertontonkan dan hal seperti ini pula disembunyikan seperti "malu-malu kucing" punya program.

MEMANDANGKAN saya telah mendengar kempen "HARI TIDAK BERBELANJA" awal pagi tadi jadi saya akan turut serta kempen ini jadi savelah juga duit saya hari ini. kebetulan pula hari ini saya bawa bekalan ke pejabat, keperluan rumah pun saya dah berbelanja untuk sebulan cuma nak control penggunaan kad kredit ja....

Moga-moga amalan hari ini yang tidak berbelanja akan menjadi habit kita dan hanya berbelanja apa yang perlu sahaja.

p/s: LANGKAH HARI INI ADALAH PERMULAAN UNTUK HARI ESOK
DAN SETERUSNYA.........

Gud LUck.


Selasa, 14 Julai 2009

ALLAH MAHA PENYAYANG

Setelah lebih dua tahun tidak bertemu dan diluar jangkaan saya telah bertemu dengan seseorang. Pertemuan yang tidak dijangkakan ini telah membuat saya terpukau dan hilang kata-kata hinggakan salam yang diberi olehnya hampir tidak tersahut oleh saya dek melihat perubahan yang mendadak pada dirinya. Tutur bahasa begitu sopan, pakaian yang menutup auratnya dan keperibadiannya yang jauh berbeza.

Jika dahulu beliau hanya bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja, cara pakaian yang terlalu s**** namum kini ia jauh berbeza. Perkataan-perkataan yang keluar dari mulutnya juga memuji tentang keagungan Illahi, secara tidak sedar ia menyedarkan diri saya sendiri bahawa Allah S.W.T tidak akan memilih sesiapapun daripada kalangan kita untuk dibukakan hatinya untuk kembali ke jalanNya.

Isnin, 13 Julai 2009

APA NAK JADI????

Telah lama juga aku berhasrat untuk memulakan coretan di laman ini, namun pelbagai masalah dan rintangan yang wujud menyekat tangan ku untuk memulakan langkah.....

Hari demi hari silih berganti, pejam celik masa berlalu begitu pantas seolah-olah meningglkan kita yang terkadang alfa dengan tuntutan dunia.... banyak perkara berlaku di medan ini, cerita politik bagai tak terkira dan terhitung peristiwanya, orang ni tak puas dengan orang itu, orang itu menuduh orang tu begitu dan tak tinggal juga orang-orang yang tak pernah puas dengan apa yang telah diberi....semakin banyak dibuat untuk kesenangan dan kemudahannya semakin banyak pula yang dipinta, bukan tahu berterima kasih malahan dikutuk pula pemberian tersebut...

Apa nak jadi????