Rabu, 15 Julai 2009

PILIHANRAYA KE-ENAM

Wah!!!! tak sangka betul sia... PAS menang lagi dekat Manek Urai pada pilihanraya kecil yang ke-enam nie. Yang lagi sia tak sangka-sangka kemenangannya hanya 65 undi daripada calon BN. Amacam nie. tak kan taring dah lumpuh kot!!!!

Lagi buat sia surprise belum keputusan muktamad dikeluarkan oleh SPRM dah pandai-pandai dorang isytiharkan dorang menang dengan lebih 2,000 undi majoriti...TAPI dorang bilang itu serangan psikologilah yang dibuat untuk takutkan parti lawan.

Tapi saya pelik juga bila dorang menang nda da pulak keluar isu pasal pengundi hantu, kali hantu-hantu nie semua takut sama manik-manik tu lah nda ada di sana mungkinkan.

Keputusannya BN kalah tapi kira menang tau sebab apa, BN sudah menang dan menangi hati rakyat di Manik Urai. Yang buat hati saya tercuit, PAS kurang mendapat undi dariapada golongan muda dan ada tempat-tempat mengundi yang tertentu saluran untuk golongan muda-mudi dorang dah kalah ini BERMAKNA BN dah mula dapat sokongan daripada golongan belia yang mana kita sedia maklum punca kekalahan BN pada pilihanraya tahun 2008 yang lepas adalah sebab golongan ini.


APA MAKNA DISEBALIK KEPUTUSAN PILIHANRAYA INI?

APAKAH INI PETANDA BAIK KEPADA BN DAN PETANDA BURUK PADA PAS?

Mungkin golongan muda dah bosan dengan janji-janji yang ditaburkan oleh pihak pembangkang selama ini, cakap mengunung tinggi tapi satu apapun tak jadi. Jangan tengok jauh-jauhlah dulu pembangkang ada janji mau kasih duit RM1,000 pada setiap pelajar (di Selangor) jika dorang menang pilihanraya tapi dorang tidak tunaikan sehingga ada pelajar yang membuat report polis berhubung hal ini. Dan baru-baru ini pula kes Kampung Buah Pala yang ingin dirobohkan, sebelum menang macam-macam dorang janji sama penduduk kampung. Bila penduduk kampung mau jumpa sama Ketua Menteri dia mengelak dan dia bilang mau suruh Timbalan dia yang handle masalah nie.....tup..tup lah ni (orang Kedah kata) nak lepas tangan pula suruh Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab, habis dia duduk kerusi tu untuk apa????
Tu lah !!!! jangan asyik menunding jari pada orang (juga untuk peringatan pada diri sendiri) jangan asyik menjolok pokok yang tinggi karang terjolok sarang tebuan habis disengat seluruh badan......sape yang sakit.......mereka dan keluarga mereka juga.
Rentetan demi rentetan peristiwa berlaku dalam dunia politik ini bersama dengan para politikusnya yang tersendiri.

p/s : lu fikirlah sendiri.......

1 ulasan:

  1. Salam.....
    Selamat berkarya...teruskan pembelajaran melalui latihan on-the-job training. Biasa lerr...buat dan belajar dari kesilapan..lebih baik dari belajar satu hari ikut kursus.

    Cuba cut and paste berita dari suratkhabar dan juga blog kawan-kawan yang lain...!! Belajar dan terus belajar....!!!

    Selamat berkarya.

    BalasPadam