Rabu, 15 Julai 2009

Kempen "HARI TIDAK BERBELANJA"

Pada hari ini 16 Julai dijadikan sebagai "Hari Tidak Berbelanja" di seluruh Malaysia. Kempen ini adalah sebahagian daripada kempen Konsumer Kebangsaan (3K) anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dengan kerjasama Majlis kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Petroliam Nasional berhad (PETRONAS). Di peringkat Antarabangsa sambutan atau kempen ini diadakan pada setiap 29hb November. Tetapi Malaysia mengambil tarikh 16 Julai pada setiap tahun untuk diadakan kempen ini. Tahun ini merupakan tahun kedua pelaksanaanya.

Sasaran kempen ini adalah supaya rakyat Malaysia, kalau boleh tidak langsung berbelanja sesen pun pada hari ini atau berbelanja hanya pada benda-benda yang perlu sahaja. Kempen ini juga ingin mendidik dan membentuk masyarakat agar mengamalkan perbelanjaan berhemah dalam kehidupan seharian.

Namun apa yang menyedihkan ialah kempen ini kurang publisitinya, justeru ramai yang tidak menyedari tentang kempen ini. Saya sendiri pun hanya tahu kempen ini pada hari ini sahaja setelah mendengar radio. Walhal kempen ini sangat baik dan besar sekali implikasinya kepada kita. Jangankan di luar bandar, saya yang duduk di bandaraya Kota Kinabalu ini juga tidak melihat sebarang poster atau banner yang tertampal atau tergantung yang mengingatkan atau menyeru tentang kempen ini. Jika dilihat gabungan para penganjur bukanlah calang-calang organisasinya bak kata orang kalau setakat banner atau poster tu tiada hal punyalah....maka saya sangat berharap pada tahun-tahun akan datang kempen ini boleh disemarakkan lagi dan diperhebatkan lagi. Janganlah kalau kempen atau konsert besar-besaran yang perlu mengeluarkan duit orang ramai dipertontonkan dan hal seperti ini pula disembunyikan seperti "malu-malu kucing" punya program.

MEMANDANGKAN saya telah mendengar kempen "HARI TIDAK BERBELANJA" awal pagi tadi jadi saya akan turut serta kempen ini jadi savelah juga duit saya hari ini. kebetulan pula hari ini saya bawa bekalan ke pejabat, keperluan rumah pun saya dah berbelanja untuk sebulan cuma nak control penggunaan kad kredit ja....

Moga-moga amalan hari ini yang tidak berbelanja akan menjadi habit kita dan hanya berbelanja apa yang perlu sahaja.

p/s: LANGKAH HARI INI ADALAH PERMULAAN UNTUK HARI ESOK
DAN SETERUSNYA.........

Gud LUck.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan